PENGENALAN
Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari genggaman penjajah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sejak 1881 dan telah bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, Sabah telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963, di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka terhadap rakyat Sabah.
Kini 52 tahun sudah berlalu Sabah merdeka dalam usia setengah abad lamanya. Rakyat yang terlibat mengundi dalam pilihan raya pertama Sabah mungkin masih ada yang hidup lagi, begitu juga generasi yang lahir sebelum merdeka masih menghirup udara segar kemerdekaan ini. Namun udara kemederkaan ini amat berbeza sekali diawal Sabah merdeka. Generasi yang lahir dalam zaman merdeka ini adalah generasi dominan, mereka mentafsir kemerdekaan jauh bezanya dengan tafsiran generasi sebelum mereka.

MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh "Negeri Tambunan" sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
DATU TATING
Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan dalam Negeri Sabah. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Tating adalah merupakan seorang pahlawan Sulu yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara. Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan Sulu. Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
Datu Tating merupakan anak kepada seorang saudagar dari Tionghua yang berkahwin dengan Dayang Meria. Semenjak kanak-kanak lagi, telah tumbuh dibahagian umbun-umbun beliau seperti batu putih (batu granit) yang dikatakan “Tanduk Datu Tating”. Khabarnya, beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan menggigitnya (ini adalah khabar yang mahsyur dalam kalangan keluarga Maharaja Adinda). Datu Tating ini dikatakan tiada anak atau zuriat. Keluarga Datu Tating sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Sebab itulah “Tanduk” beliau telah diamanahkan disimpan oleh keluarga Maharaja Adinda sehingga kini, (sesiapa yang berminat untuk melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharaja Adinda yang berada di Semporna)
Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepualauan Sulu. Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat di sana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang. Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya. Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu. Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan. Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Blambangan. Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam. Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tampasuk, Teluk Marudu dan Relau.
ANTANOM (PAHLAWAN ANAK RIMBA BERJIWA BESAR)
Nama sebenar beliau Ontoros Anak Lelai Antanom, beliau merupakan ketua kaum Murut di Rundum dan dilahirkan tahun 1875. Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya. Antara sebab penentangan Antanom, SBUB melarang mereka membuka tanah baru serta merasakan hak mereka diceroboh dan mereka mengalami masalah kekurangan beras. Selain itu, SBUB juga telah mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai kepala satu dolar setiap orang, cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar, cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen, cukai tangkapan ikan besar, dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
Seterusnya, orang Murut dijadikan sebagai buruh paksa bertujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum. Pihak SBUB juga membuat peraturan bahawa suami dan isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai. Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung, jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa. SBUB telah menceroboh hutan untuk membina jalan tetapi kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka.
Disamping itu, Antanom telah menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka. Pada Februari 1915 Antanom menyerang kubu dan membakar bangunan kerajaan untuk membela nasib kaum Murut. Pada Mac 1915 pula, Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB menyebabkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang. Kemudian Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah. Pada April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom dan pertempuran itu berlaku selama 6 minggu. Dalam peperangan itu, Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum, penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’.
Akhir sekali, kesan penentangan tersebut telah memaksa SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom. 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat serta pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau. SBUB juga mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan semula kaum Murut, kemudian orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.
SHARIF UTHMAN
Sharif Uthman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia, pihak British menganggap Sharif Uthman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak. Sharif Uthman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah. Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut "apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.
Selain itu, ketika James Brooke berperang dengan Sharif Uthman, James Brooke pernah meminta Sharif Uthman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Sharif Uthman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya. Sebenarny, James Brooke mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Sharif Uthman.
Seterusnya, Pangeran Yusop (bapa mertua Sultan Brunei) di Kimanis adalah sahabat baik Sharif Uthman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Sharif Uthman telah terkorban, Kemudian, Sharif Uthman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan bahawa beliau tidak terkorban sewaktu perang di Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Sharif Merum, anak Sharif Uthman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu ialah tiga orang keturunan Arab (Syarif) dan Syarif Uthman hanya cedera. Pihak British mendakwa Sharif Uthman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Sharif Uthman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya. Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.
Persoalannya? benarkah Sharif Uthman terbunuh di Marudu? Dan siapakah Dayang Cahaya? Dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah Dayang Cahaya?
PANGLIMA ALLI
Ramai yang terlupa, seorang pejuang sejati, Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani. Beliau berbangsa Bajau Subetnik Ubian dari Pulau Sulug, Jesselton. Panglima Alli dilahirkan pada 1884 dan beliau adalah anak ketiga daripada 12 adik beradik serta dianugerahkan gelaran panglima oleh SBUB kerana keberanian beliau menentang Kempitai (perisik tentera jepun).
Panglima Alli berjuang menentang penjajah untuk memertabatkan maruah bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya tidak didendangkan seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom, Datu Tating dan tokoh-tokoh pejuang yang lain.
Kebekaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton (Kota Kinabalu) pada 9 october 1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin masyarakat Pulau Sulung itu dengan mendakwa ia angkara Panglima Alli dan pengikutnya. Tentera Jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau Subetnik Ubian kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.
Panglima Alli dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulung menjadi korban kekejaman Jepun menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempitai akan bertindak balas. Panglima Alli bersama dua orang kanannya dikenali Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca akibat kelemahan senjata iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api jenis mesingun.
Pnglima Alli dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Petagas bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 october 1943 atau 'Double Ten' di Pantai Barat, Borneo Utara Sabah.
PENUTUP
Setelah kemerdekaan dicapai, maka pungutan suara yang dipantau oleh PBB di Sabah, Sarawak dan Singapura mendapati majority rakyat menyokong penubuhan Malaysia dan tarikh 16 Septembar 1963 adalah hari pembentukan Malaysia, di mana Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu bergabung menjadi satu negara. Maka diisytiharkan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia akan disambut setiap 31 Ogos, walau pun Hari Malaysia atau tarikh pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963, sebagai tanda kerjasama, perpaduan, kekuatan dan perkongsian kuasa dan wilayah. Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan dengan 20 perkara yang melindungi hak-hak rakyat Sabah yang lambat merdeka 6 tahun berbanding Semenanjung Tanah Melayu.
Generasi awal menuntut kemerdekaan untuk kebebasan secara fizikal dari kuasa penjajah tanpa memikirkan kebebasan jiwa merdeka. Kemerdekaan menyeluruh cuba diterapkan dan dilaksanakan, namun kebebasan sepenuhnya sukar untuk dicapai. Agenda utama untuk membangunkan Sabah Merdeka tertumpu kepada fizikal mengindahkan bandar-bandar utama tetapi terabainya keperluan asas rakyat luar bandar. Masa 52 tahun adalah tempoh yang panjang bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi rakyat yang sudah merdeka.

Gambar filem yang merujuk kepada pewatakan Sharif Uthman